Friday, April 24, 2009

PESANAN....

INGAT!!!
Dunia adalah pentas
dan kita adalah pelakon
yang sering kecundang tewas
kerana sinar dan rayu suaranya
tidak pernah bosan meruntun jiwa
hingga kita tunduk layu terkulai lesu

INGAT!!!
Manusia adalah pelakon
pintar bermain
dengan kata dengan rupa
kadangkala manisnya sukar diduga
dan pahitnya menikam menusuk dada
hingga kita tunduk layu terkulai lesu

Wahai anak-anakku
jika kau melihat dunia
Awas!
Putaran dan sinaran cahayanya
menyilau mata menutup ruang kalbu
hingga kau menjadi buntu keliru bercelaru
dan dunia....
ketawa semuanya hingga kita
bagai pelakonyang kehilangan

Suara berbicara
gerak tangan bertingkah
wajah tak bisa diangkat

PESANAN....

ERTI TUNJUK AJAR

Yang disebut tunjuk ajar

Menunjuk kepada yang elok

Mengajar kepada yang benar

Mendidik kepada yang baik

Beramanah kepada yang berfaedah

Bernasihat kepada yang bermanfaat

Meneladan kepada yang sepadan

Contoh kepada yang senonoh

Meniru kepada yang sejudu

Memakai kepada yang sesuai


Apabila anak ditunjuk ajar

Kecil bernama besar bergelar

D tegak pada yang benar

Fikiran jernih jati penyabar


Apabila anak selalu dituntun

Budi mulia perangai pun santun

Hidup sedusun tuntun menuntun

Hidup sebanjar ajar mengajar


Apabila anak diberi amanah

Mudanya elok tua bermaruah

Tahu menapis benar dan salah

Tahu bekerja membawa faedah

Tahu memelihara laku kerenah



SAJAK PILIHAN




BUAT BONDA TERCINTA

Bonda
betapa besar pengorbananmu
Melahirkanku ke dunia ini
Engkau bertarung nyawa
Tanpa sedar kau sedang diambang maut
Tetapi kau rela bertarung nyawa
Demi anakmu yang tercinta

Bonda
Betapa besar pengorbananmu
Engkau membesarkanku sendirian
Tanpa ditemani insan bergelar suami
Engkau mencurahkan kasih sayang
Engkau membekalkan ilmu
Agar aku menjadi insan yang berbakti
Kepada agama, bangsa dan negara

Bonda
Aku akan sentiasa mengingatimu
Hingga hujung nyawa
Terima kasih padamu kuucapkan
Tanpamu bonda
Aku tidak wujud di bumi yang indah ini

Bonda
Sekali lagi ingin kuucapkan kepadamu
Terimakasih yang tak terhingga
Kerana Mendidikku
Menjadi insan berguna
Terima kasih bonda


BUKU


Buku

Kau sangat berguna kepadaku
Dengan cahaya lilinmu Kau menyinari hidupku

Buku
Kau membekalkanku ilmu
Kau memberikanku pengetahuan
Kau sangat bermakna kepadaku
Kerana perananmu itu

Buku
Kau mendidikku menjadi insan
Yang baik dan sejati
Kau mengenalku perkara yang baik
Kaulah ilmu pelitaku





Antara yang menarik dalam siri ini :

  • Kebun Yang Mengagumkan
  • Lampu Malam Piglet
  • Kumpulan Pancaragam Tigger
  • Musim Yang Saya Gemari
  • Hari Karya Seni & Pertukangan
  • Saya Mengesan Bentuk
  • Apakah Bunyi Itu?
  • Dimanakah Rumah Kamu?
  • Angin Yang Bertiup
  • Warna-Warna Pelangi
  • Berlagak Menjadi Lanun
  • Keajaiban Air
  • Pokok Untuk Saya
  • Memburu Serangga
  • Pancaindera Yang Menyeronokkan